6 Mac 2016 - 14:43
Imej satelit rakam persediaan ISIS menyerang al-Salamiyah.

ISIS serang bersiap sedia menyerang al-Salamiya

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sumber tetera Russia di Syria berkata pengganas ISIS sedang membuat persediaan untuk melancarkan serangan besar-besaran bagi merampas bandar strategik al-Salamiya selepas melancarkan serangan awal di kawasan Tenggara Hama pada petang Sabtu.

Sumber memetik laporan perisikan tentera mengenai penghijrahan besar pengganas ISIS dari Mosul ke al-Raqqa dan al-Masdar.

Laporan tersebut turut memetik bukti dari imej satelit yang menunjukkan kerumunan besar ISIS ke Tenggara Hama.

Keputusan ISIS menyerang al-Salamiya berikutan prestasi perang yang tidak menentu di kalangan kumpulan pengganas tersebut yang memaksa mereka mencari jalan memberikan tekanan kepada kerajaan Syria.